skip to Main Content

Ubat Iron Punca Sembelit Semasa Mengandung?

Sembelit merupakan perkara biasa yang dialami ibu hamil. Hampir semua wanita hamil akan mengalami sembelit. Ia boleh jadi lebih teruk apabila bayi semakin membesar dalam perut ibu.

Tahap sembelit mereka juga berbeza-beza. Ada yang tak buang air besar selama beberapa hari, ada juga yang sukar mengeluarkan najis kerana najis keras.

 

Apa yang menyebabkan sembelit semasa hamil?

1.Kurang pergerakan fizikal.

Saiz rahim wanita hamil semakin membesar dan berat badan juga semakin bertambah. Ia menyebabkan tekanan fizikal pada usus perut dan rahim terhimpit lalu menyukarkan proses pergerakan zat-zat makanan dalam badan ibu. Apabila pergerakan fizikal terbatas, ini akan memburukkan lagi masalah sembelit.

 

2. Kurang pengambilan makanan berserat.

Sembelit boleh menjadi lebih buruk sekiranya ibu hamil kurang mengambil makanan yang mempunyai serat. Sekiranya ibu mengamalkan makanan yang tinggi serat, ibu juga hendaklah memastikan supaya air yang diminum mencukupi untuk tubuh.

 

3. Pengambilan supplement Iron (Zat Besi)

Ubat iron memang menyebabkan sembelit kepada hampir semua wanita hamil. Namun begitu, sekiranya anda mendapati tahap sembelit anda menjadi lebih buruk selepas mengambil ubat Iron, anda dinasihatkan untuk  berbincang dengan doktor anda untuk menggantikan ubat Iron itu kepada supplement yang lebih baik.

 

Tips merawat sembelit :

  1. Banyakkan minum air setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Amalkan minum air suam waktu pagi supaya memudahkan proses pembuangan najis.
  2. Kerap melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Senaman yang kerap dapat meningkatkan fungsi pencernaan anda.
  3. Jangan menahan pergerakan usus. Segera ke tandas sekiranya anda rasa nak buang air kerana sekiranya anda takut nak membuang najis anda, tubuh dapat menyerap kandungan air dalam najis anda lalu menjadikan najis lebih keras.
  4.  Amalkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran, buah buahan, bijirin dan kekacang. Buah kering seperti buah kurma dan buah tin juga antara buah yang tinggi serat. Elakkan makanan yang diproses kerana ia boleh memburukkan lagi sembelit.
  5. Elakkan pengambilan pil zat besi sekiranya keadaan sembelit semakin teruk. Berbincang dengan doktor anda untuk mengambil zat besi dari sumber yang lain.
  6. Amalkan minum susu. Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan susu secara kerap juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir. Susu kambing mengandungi potassium dan magnesium untuk melawaskan pembuangan dan penghadaman lebih lancar. Susu kambing campuran kurma lebih membantu kerana buah kurma adalah antara buah yang tinggi serat. Disamping membantu merawat masalah sembelit, dalam susu kambing juga mempunyai zat besi semulajadi dimana ia membantu menstabilkan hb ibu mengandung.
This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top