skip to Main Content
Tips Wean Off Tanpa Rasa Bersalah?

Tips Wean Off Tanpa Rasa Bersalah?

 

Selalunya proses cerai susu badan ni memerlukan ‘persetujuan’ ibu dan anak. Tapi selalunya ibu je yang dah ready nak wean off tapi anak belum ready nak tolak susu ibu. Kadang-kadang tu rasa kesian dan serba salah bila anak merayu-rayu sampai berdrama air mata kan? Last2 ibu pun tak sampai hati dan bagi la sebab kesian. Kalau berterusan macam ni memang lambat la nak wean off ye ibu hihi.

Kebanyakan ibu kalau nak wean off je mereka akan letakkan ‘something’ dekat puting ibu supaya anak akan ‘reject’ susu. Ada yang letak ubat gigi, asam, limau, supaya anak rasa pelik dan taknak menyusu. Tapi ada juga sesetengah pendapat mengatakan cara ni tak bagus sebab kasihankan anak. Seolah olah mereka dipaksa untuk wean off, sedangkan masa mereka bayi, ibu la yang paling risau dan sedih bila anak taknak menyusu. Begitu juga dengan anak, mereka juga ada perasaan dan tentunya akan berasa sedih jika ibu tidak bagi menyusu tanpa alasan yang mereka sendiri taktahu.

Jadi kat sini saya share kan antara tips lain yang ibu boleh cuba :

1. Timing

Untuk wean off bukan mudah sebab anak kita dah biasa  susu badan kita je sejak lahir kan? dah jadi habit dia bila haus je nak susu, bila mengantuk nak tidur pun nak susu. Jadi ibu kena pilih masa yang sesuai untuk ibu dan anak hadapi fasa wean off ni.

Kalau anak belum menunjukkan mereka bersedia untuk wean off, berikan sedikit lagi masa untuk anak biasakan diri. Salah satu cara ibu boleh jadualkan waktu penyusuan. Mungkin waktu siang ibu boleh berikan susu dalam botol dan hanya direct feeding pada waktu malam.

Jadual ni bukan untuk anak sahaja tapi penting untuk penghasilan susu badan ibu. Jika terus wean off tanpa ‘hint’ boleh mengakibatkan ibu mengalami bengkak susu dan seterusnya saluran susu tersumbat. Ini boleh mengakibatkan infeksi.

2. Skip Sekali Dalam Seminggu

Ibu boleh cuba skip sekali dalam seminggu dari beri anak susu badan. Masa ni lah nak gunakan ‘instinct’ sebab ibu boleh rasa kalau anak betul2 nak menyusu atau sekadar nak ‘pacifier’ iaitu mengempeng.

3. Alihkan Perhatian

Cuba alihkan perhatian anak untuk buat benda lain setiap kali dia minta susu. Kadang2 anak ni bukan lapar atau haus tapi mereka saja nak bermanja dan minta susu. Cuba ajak anak buat aktiviti lain supaya dia terlupa nak menyusu tadi 😄

 

4. Ajar Anak Bancuh Susu Sendiri

Ibu perasan tak bila anak masuk 2 tahun, semua benda dia nak buat sendiri. Nak makan sendiri, nak pakai baju sendiri, pampers pun pandai bukak sendiri. Antara tips nak bagi anak tu enjoy dan excited minum susu dalam botol, ibu boleh cuba ajar anak bancuh susu sendiri dan cakap dengan anak yang susu mereka buat tu sedap! Kalau hari2 kita ajar dia bancuh sendiri, dan puji susu tu sedap, lama2 anak pun akan suka nak minum susu hasil air tangan mereka sendiri hehe. Cubalah!

5. Pujuk Anak Selalu

Selalu pujuk dan bercakap dengan anak, beritahu anak yang mereka dah besar dan selalu tangguhkan sesi penyusuan. Jangan terus bagi bila anak minta sebab anak akan lebih susah nak wean off sebab mereka sudah dibiasakan terus dapat apabila minta. Sebagai contoh, “kalau nak susu, kena makan dulu okay? Lepas makan ibu bagi”. Dengan cara ni anak akan perlahan lahan faham kerana mereka tidak rasa di ‘reject’ tetapi hanya ‘menunggu’. Ibu juga boleh hadkan masa penyusuan, mungkin hanya selepas makan.

6. Berhenti menyusukan pada waktu malam

Langkah ini merupakan langkah terakhir setelah ibu dah kurangkan, lengahkan, dan setelah pujuk anak. Elakkan menjadikan penyusuan sebagai langkah untuk tidurkan anak. Gantikan dengan cara lain seperti mendodoi, berzikir, membacakan buku, atau menepuk anak supaya mereka tidur. Jika ibu mahu menyusukan sebelum mereka tidur, lakukannya di bilik lain atau diruang tamu. Sekiranya anak terjaga pada waktu malam, biar ayah yang tenangkan mereka buat sementara waktu. Jika anak nak susu, perah dan masukkan dalam botol dan minta ayah yang berikan. Normal kalau pada fasa ni ibu rasa tak sampai hati tapi percayalah lama kelamaan anak akan terbiasa.

 

7. Peranan Suami

Ramai suami yang rasa terpinggir sebab kalau anak nak tidur asyik minta ibu tidurkan sebab nak susu. Memang jarang sekali ayah dapat tidurkan anak kan? Tapi perkara ni normal sebenarnya. Bila anak dah kurang menyusu, ayah dah boleh ambil alih tugas tidurkan anak 😄 Masa ni la ayah boleh luangkan masa untuk bermanja dengan anak sebelum tidur. Lama kelamaan anak akan biasa untuk tidur tanpa menyusu.

 

Fasa cerai susu badan adalah fasa yang menyedihkan dan boleh mengganggu emosi ibu dan anak. Jadi kalau dah ‘ready’ nak wean off, ibu jangan lupa untuk tambahkan belaian, pelukan, dan ciuman untuk menggantikan emosi yang anak dapat semasa menyusu susu ibu. Semoga ibu boleh cuba gunakan tips ini dan berilah masa pada anak untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini.

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top