skip to Main Content
Tips Penjagaan Anak Demam

Tips Penjagaan Anak Demam

Proses pembesaran bayi dan kanak-kanak adalah normal sekiranya mereka kerap demam kerana tubuh mereka mudah dijangkiti kuman atau virus. Walaubagaimanapun ianya adalah perkara yang normal dan baik untuk mempertingkatkan sistem imunisasi mereka. Biasanya anak 6 bulan-2 tahun kerap demam kerana mereka di dalam fasa mencuba. Mereka suka ‘explore’ dan makan apa sahaja yang ada di depan mata.

Ibu atau ayah pastikan ‘kit’ untuk anak sentiasa ada di rumah supaya mudah nak tahu jika anak jatuh sakit.

 

1.Cek Suhu Menggunakan Thermometer
Jika rasa badan anak panas, segeralah cek menggunakan thermometer. Suhu normal adalah 36.7C. Jika susu anak 37.5C keatas, anak anda mengalami demam. Lebih mudah jika menggunakan thermometer dahi atau telinga untuk bacaan lebih tepat. Jika terlalu panas dan melebihi 38.0C, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak and

2.Tuam Kepala Dan Badan Anak

Basahkan kain dan tuam kepala dan badan anak. Tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. Kemudian tuamkan juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha,                dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jika badan masih panas, segeralah mandikan anak            dengan air paip.

3. Jangan Pakai Baju Tebal

Elakkan dari pakai pakaian tebal pada anak. Sebaiknya pakaikan baju yang jenis berlubang atau kain cotton yang nipis supaya haba badan mudah nak keluar.

4. Beri Anak Minum Air atau Susu

Semasa demam, suhu badan yang meningkan menyebabkan badan anak mudah kekeringan air. Anak perlu minum air atau susu yang banyak untuk mengelakkan ‘dehydrated’ . Jika anak                  masih menyusu badan, berilah anak susu sekerap mungkin kerana susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

 5. Pastikan perut anak tidak kosong.

Walaupun anak demam dan tak selera makan, pastikan ibu buatkan anak sekurang-kurangnya bubur kosong supaya anak makan walaupun sedikit. Anak eprlukan makanan untuk tenaga                 dan melawan penyakit.

Sekiranya suhu badan anak masih tidak turun, segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top