skip to Main Content
Tak Minum Susu Masa Mengandung. Takpe Ke?

Tak Minum Susu Masa Mengandung. Takpe Ke?

Kita selalu dengar doktor atau nurse akan pesan, jangan lupa minum susu atau ambil makanan yang mempunyai sumber kalsium kan? Tapi ramai sangat yang tak suka atau tak boleh telan langsung susu. Agaknya kenapa susu ni penting ya?

Pertama sekali minum susu ni untuk dapatkan sumber kalsium dan magnesium. Kalsium penting untuk tumbesaran tulang manakala Magnesium pula penting untuk kemampatan tulang. Jadi gabungan Kalsium dan Magnesium sangat penting terutama semasa fasa awal kehamilan, iaitu trimester pertama. Masa awal kehamilan, pembentukan sel, pembentukan tulang dan perkembangan organ bayi berlaku dengan sangat cepat.

Produk tenusu sebenarnya merupakan antara makanan yang penting dalam ambilan diet, sebab susu sendiri kaya dengan kalsium dan zat besi. Kalau ibu tak minum susu, macam mana bayi nak dapat kalsium untuk pembentukan tulang, otot, kuku dan gigi?

Masa mengandung, ibu perlukan sekurang kurangnya 1000mg kalsium sehari. Kalau ibu tak bagi kalsium yang diperlukan oleh badan ibu dan bayi, komplikasi mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Jika ibu tak cukup kalsium, sebenarnya memang badan ibu akan membekalkan kalsium yang sedia ada tinggal dalam badan ibu. Tapi, tulang ibu akan mudah jadi rapuh dan menyumbang kepada osteoporosis sekiranya ibu terus mengabaikan kepentingan kalsium dalam hidup terutama ketika mengandung.

 

Ibu nak ambil kalsium dalam bentuk pil je, boleh tak?

Boleh tiada masalah. Tapi kalsium dalam bentuk pil adalah sintetik. Bukan natural. Kandungan kalsium tak sama dengan natural kalsium yang ibu boleh dapat dari susu. Jumpa mana-mana doktor pun, doktor akan nasihatkan ibu minum susu walaupun sedikit. Kalsium dalam bentuk pil ibu boleh ambil sebagai tambahan.
Ada beberapa jenis sebatian kalsium yang digunakan dalam suplemen kalsium. Setiap sebatian mengandungi kandungan mineral kalsium yang berlainan dan dirujuk sebagai elemen kalsium. Antaranya :

  1. Kalsium karbonat (40% elemen kalsium)
  2. Kalsium sitrat (21% elemen kalsium)
  3. Kalsium laktat (13% elemen kalsium)
  4. Kalsium glukonat (9% elemen kalsium)

Jadi ibu, kalau nak ambil suplemen kalsium, pastikan ibu dapatkan nasihat doktor tentang suplemen terbaik. Sebab jumlah kalsium yang sebenarnya terkandung dalam suplemen itu berbeza mengikut elemen yang terkandung dalam suplemen tu. Jumlah elemen nilah yang diserap oleh badan ibu dan bukan jumlah seperti tertera atas label suplemen. Sebagai contoh, label suplemen menyatakan satu biji tablet mengandungi 1,250mg kalsium karbonat. Oleh kerana kalsium karbonat hanya mengandungi 40% elemen kalsium, maka kalsium yang sebenarnya dapat diserap oleh badan hanyalah 500mg. Oleh itu, adalah penting untuk merujuk kepada cadangan pengambilan tablet seharian yang dinyatakan di atas label bagi menentukan jumlah kalsium yang sebenarnya diambil.

 

 

Tanda-tanda ibu kurang kalsium

Ibu boleh pantau melalui tanda tanda berikut:

1. Tekanan darah tinggi semasa mengandung
2. Rasa kebas di jari jemari

3. Otot dan kaki rasa kejang

4. Berat badan anak terlalu rendah

5. Masalah jantung

6. Masalah selera makan

 

 

Apakah sumber kalsium terbaik?

Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt. Ibu yang ada masalah loya dengan susu putih, cuba cari susu yang berperisa seperti coklat, strawberry, dan sebagainya.

Gabungan Kalsium dan Magnesium dalam susu kambing merupakan gabungan terbaik untuk tumbesaran tulang dan kemampatan tulang ibu dan bayi. Jika ibu teringin nak cuba susu kambing tapi takut bau hamis, pilih susu yang berperisa dijamin tidak hamis dan sedap 🙂

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top