skip to Main Content
Tak Ada Koyak Masa Bersalin. Apa Rahsianya?

Tak Ada Koyak Masa Bersalin. Apa Rahsianya?

“Boleh ke bersalin tak ada koyakan atau jahitan? Macam jarang je dengar, serious la boleh?”

Soalan ini saya sendiri tanya pada rakan sepejabat yang tidak mengalami sebarang koyakan atau jahitan selepas bersalin. Kagum dan happy untuk dia. Sebab tak sampai seminggu luka dia pun dah sembuh. Memang wow sangat! Tapi… Apa tipsnya?

Memang betul, tak semua orang senasib. Ada orang dah macam2 exercise dia buat sebelum bersalin, dengan harapan dapat bantu untuk bersalin normal. Tapi takdir Allah, dia kena emergency Czer sebab bayi nya terbelit tali pusat. Ada orang, bukaan dah 10cm, pun kena emergency Czer sebab bayi dah lemas. Semuanya atas rezeki masing-masing, semuanya Tuhan dah tentukan. Apa-apa pun kita kena usaha dan tambah ilmu tentang cara bersalin, inshaaAllah berguna dan dipermudahkan!

 

1.Teknik Pernafasan

Pastikan ibu dah belajar terknik pernafasan sebelum bersalin. Banyak kelas dari pakar yang buat Antenatal class untuk ibu baru terutamanya. Biasanya dalam kelas seperrti ini akan diajar lebih detail tentang teknik pernafasan yang betul supaya ibu dapat meneran dengan tenang.

Antara cara pernafasan yang ibu boleh praktikkan :

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.

2. Aktif Dalam Pergerakan

Saat saat akhir bila ibu dah masuk 8 bulan, ibu dah boleh banyakkan berjalan dan bergerak aktif. Lakukan senaman ringan supaya ibu boleh kekalkan momentum dan tidak mudah letih. Bila dah masuk 9 bulan pula banyakkan mencangkung supaya laluan mudah dibuka.

3. Senaman Kegel

Senaman Kegel ni dapat membantu kuatkan stamina. Senaman Kegel ni merupakan senaman lantai pelvic dimana senaman ini fokus lebih kepada bahagian peranakan wanita.

Berikut adalah cara melakukan senaman Kegel:

  • Kemutkan otot pelvis seperti tindakan menahan kencing.
  • Tahan selama 5 saat
  • Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

4. Cara Teran

Ibu kena belajar cara teran yang betul. Masa contraction, memang dah tak boleh fikir secara waras sebab tengah sakit. Sebab tulah sebelum bersalin ibu kena praktis selalu cara teran yang  betul supaya masa dalam labour room automatic ibu akan buat.

Ibu kena teran dengan pernafasan yang tenang dan tunggu arahan dari doktor. Sekiranya ibu teran pada waktu yang salah, berkemungkinan akan berlaku koyakan pada perineum atau episiotomi.

Rapatkan dagu ke dada berkeadaan sama seperti udang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Semasa datangnya kontraksi, tarik nafas dan teran selama yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Ibu kena ingat ya, meneran dari badan ke punggung, sama seperti meneran buang air besar. Sekiranya doktor kata kepala bayi dah nampak, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk mengelakkan koyakan besar.

5. Jangan angkat punggung masa meneran

Ingat ya, part ni paling penting sekali. Jangan sesekali angkat punggung semasa meneran sebab akan mengakibatkan koyakan yang teruk dan serius. Ada kes koyakan sehingga ke lubang dubur. Seksa sangat bila nak buang air besar. Macam mana sekalipun jangan angkat punggung! Lock punggung pada katil semasa meneran ya.

6. Doa/Zikir

Banyakkan berdoa dan berzikir semasa sedang berperang dalam labour room. Mohonlah diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam urusan bersalin. Ibu boleh amalkan doa dibawah 🙂

 

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top