Susu Kambing Untuk Anak

Untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun, susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan si kecil.

Namun begitu, apabila usia bayi mencecah 6 bulan keatas, bayi akan mula diberikan makanan pejal atau solid food.

Pada waktu ini, ibu-ibu boleh mula memperkenalkan Susu Kambing sebagai makanan tambahan pada makanan pejal si kecil.

Pengenalan terhadap susu kambing boleh dimulakan dengan menambahkan 1-3 skop LAZZ Susu Kambing Asli ke dalam makanan pejal bayi untuk menambah nilai kalori makanan sekaligus meningkatkan nutrien semulajadi dalam makanan si kecil. Maklumat produk boleh didapati di sini; Maklumat Lazz Asli

Gambar ini merupakan contoh penyediaan pasta susu untuk sikecil yang dah berusia 9 bulan. sebaiknya masukkan susu ketika pasta hampir siap supaya ia tidak terlalu lama terdedah pada suhu yang tinggi.

Bagi ibu-ibu yang tidak dapat meneruskan pemberian susu ibu dan sedang mencari susu pengganti untuk diberi kepada bayi, ibu-ibu perlu mencari susu formula mengikut langkah yang telah dikhususkan bertepatan dengan usia si manja.

Namun begitu, ibu-ibu masih boleh berikan susu tepung berasaskan susu kambing (LAZZ Asli) untuk si kecil sebagai susu tambahan. Susu kambing LAZZ adalah alternatif kepada ibu-ibu untuk meningkatkan sistem imunisasi serta menambah selera makan anak.

Berikut ialah Jadual pemberian dan sukatan untuk si kecil.

Sukatan yang disarankan ialah 1 skop bersamaan 2oz/ 60ml air.

Kuantiti susu pula bergantung kepada kuantiti yang anak boleh habiskan. Contohnya kalau si kecil boleh habiskan 180ml, ibu-ibu boleh letakkan 3 skop susu.

Antara kebaikan semulajadi yang terdapat dalam susu kambing ialah;

1. Susu Kambing LAZZ Asli khususnya tidak mempunyai pemanis tambahan. Justeru itu, ia adalah pilihan yang terbaik jika ibu-ibu mencari susu yang terbaik untuk si kecil yang telah tamat penyusuan susu ibu. Apabila susu tidak mengandungi gula tambahan, risiko untuk anak terkena alahan lebih rendah dan penyerapan nutriennya pada tahap yang paling optimum.

2. Susu Kambing mengandungi sumber prebiotik semulajadi yang membantu mengaktifkan bakteria baik yang berfungsi untuk menyerap nutrisi baik daripada makanan si kecil. Bakteria baik juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi si kecil. (1)

3. Kajian di US menunjukkan 93% kanak-kanak yang menunjukkan reaksi alahan terhadap susu lembu seperti iritasi kulit, sembelit, kahak, tidak menunjukkan reaksi alahan yang sama apabila bertukar kepada susu kambing. Susu Kambing lebih mudah dihadamkan dan mesra penghadaman.

Terdapat satu lagi superfood yang dikatakan lebih rendah risiko alahan pada masa yang sama tinggi khasiat semulajadi untuk kanak-kanak iaitu buah kurma.

Dengan menggabungkan susu kambing dan pati ekstrak kurma, ia menjadikan rasa susu kambing ini semakin digemari terutama dalam golongan kanak-kanak yang sering memilih makan (picky eater).

Ibu-ibu juga tidak perlu risau kerana susu kambing kurma ini juga rasanya kurang manis dan mempunyai keenakan daripada buah kurma.

Pati ekstrak kurma juga mengandungi sumber tambahan zat besi semulajadi yang penting untuk memberi tenaga tambahan dan membantu meningkatkan fokus si kecil untuk belajar.

Kombinasi susu kambing dan pati ekstrak kurma dalam LAZZ sesuai untuk dijadikan minuman harian kegemaran si kecil. Terdapat dua jenis susu putih iaitu;

1. LAZZ Susu Kambing Asli (550 gram, kotak berwarna biru)
2. LAZZ Susu Kambing Kurma (550 gram, kotak berwarna Oren)

Berikut pula merupakan tips bancuhan susu bagi mengekalkan kebaikan dan nutrien penting dalam susu LAZZ:

Pertama, sediakan air suam panas terlebih dahulu kemudian barulah dimasukkan susu menggunakan skop yang disediakan. Jika ibu-ibu menggunakan cerek, tunggu 15 minit selepas air mendidih, barulah boleh gunakan air tersebut untuk bancuh susu. Untuk ibu-ibu menggunakan water dispenser pula, gunakan suhu antara warm-hot, iaitu panas sedikit daripada suam untuk melarutkan susu.

Kedua, goncangkan bekas dengan perlahan sehingga susu larut. Kemudian baru ditambahkan sedikit air suhu bilik untuk kurangkan suhu bancuhan dan sedia untuk diminum.

Ketiga, periksa suhu bancuhan susu agar tidak terlebih panas atau terlalu sejuk. Jika susu terlebih panas, lalukan botol di bawah air paip mengalir supaya suhu susunya akan menurun.

Untuk anak-anak yang menolak rasa susu putih dan lebih memilih rasa seperi coklat atau strawberi, LAZZ susu kambing juga menyediakan alternatif lain iaitu:a. LAZZ Susu Kambing Kurma perisa Coklat (LAZZChoco; 550 gram)
b. LAZZ Susu Kambing Kurma perisa Strawberi (LAZZStrawberi; 550 gram)

Ada satu lagi tips tambahan untuk ibu-ibu;

Berdasarkan pengalaman kami bertemu pengguna yang memilih susu kambing untuk anak, kebanyakan anak-anak yang minum susu ibu sepenuhnya, akan secara tak langsung menggemari susu Lazz Asli.

Manakala anak-anak yang sebelum ini minum susu formula dan bertukar kepada Susu LAZZ, anak-anak majoritinya akan lebih menyukai rasa enak LAZZ Kurma.

Susu kambing LAZZ tidak mempunyai bau hamis kambing oleh itu ibu tak perlu lagi risau. Pasti si kecil akan menggemari susu ini.

 

Sumber Rujukan
  • 1
    https://www.rmit.edu.au/news/all-news/2019/jun/goat-milk-formula-gut
  • 2
    https://www.sciencedaily.com/releases/2007/07/070730100229.htm
  • 3
    https://draxe.com/alkaline-diet/
  • 4
    Freund G. Use of goat milk for infant feeding: experimental work at Creteil (France). Proceeding of the meeting Interets nutritionnel et dietetique du lait de chevre. Niort, France: INRA, 1996:119–21