Stress Jaga Anak?

Cita-cita seorang ibu adalah ingin melihat anak mereka membesar dengan sihat, ceria, dan mendapat kasih sayang secukupnya. Tetapi menjadi seorang ibu dan juga pada masa yang sama menjadi seorang isteri bukan lah satu perkara yang mudah.

Menjaga dan mendidik anak adalah tanggungjawab ibu dan ayah, tetapi kebanyakkannya anak-anak banyak habiskan masa bersama dengan ibu kerana ayah bekerja pada siang hari. Bila waktu me time untuk ibu jika siang dan malam ibu habiskan masa bersama anak?

Tips :

1. Self Care Untuk Ibu
Setiap ibu ada kelebihan dan kekurangan sendiri, betulkan pemikiran dengan cara tidak membandingkan diri sendiri dengan ibu yang lain. Tetapkan diri sendiri wajib ada 10 minit untuk diri sendiri setiap hari.

2. ME TIME
Para suami jangan abaikan me time untuk para isteri. Banyak perkara yang boleh dibuat, sama ada membeli-belah, keluar dengan rakan-rakan, pergi makan dan sebagainya. Itulah yang seorang isteri perlukan, sedikit masa rehat untuk mereka dapatkan kembali semangat dan kesegaran untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga ibu.

3. Pertolongan Suami
Suami harus turut sama ringan tangan membantu dalam hal pengurusan dan mendidik anak-anak. Dengan pertolongan suami, para ibu boleh rehatkan badan dan berehat di hujung minggu. Tidak salah para suami memberikan masa untuk isteri berehat.

4. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Apabila ibu berkongsi perasaan dengan orang lain , para ibu akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan.

Setiap ibu, kemampuan mereka berbeza. Jadi para ibu, jangan berputus asa untuk membesarkan anak. Semoga tips ini memberikan semangat para ibu di luar sana.