skip to Main Content
Senarai Suplemen Meningkatkan HB Ibu Hamil

Senarai Suplemen Meningkatkan HB Ibu Hamil

Apabila disahkan hamil, rata-rata semua bakal ibu akan mula merujuk pelbagai sumber untuk ibu dan bakal bayi yang dilahirkan. Ada yang mula mencari vitamin atau suplement kesihatan yang diperlukan sepanjang kehamilan. Ibu hendaklah mengamalkan diet yang seimbang sekiranya mahu mendapatkan nutrien lengkap dan ibu kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Antara vitamin yang penting adalah pengambilan asid folik, zat besi, kalsium, dan Vitamin D.

Ada 3 perkara yang biasanya nurse di klinik akan check setiap kali appointment ialah tekanan darah, warna air kencing, dan bacaan Hb.

Bacaan Hb sangat penting kerana ia adalah haemoglobin dalam darah merah yang membawa oksigen dan ia disalurkan ke seluruh tubuh badan. Dari paru-paru , ke hati, dan ke organ yang lain. Jadi semakin kandungan membesar, semakin banyak sel darah yang diperlukan untuk ibu dan bayi. Sekiranya sel darah terlalu rendah boleh membuatkan ibu lemah, mudah pening, dan juga mebahayakan bayi.

Bacaan HB yang normal adalah dari 12-15g/dl. Tetapi biasanya bila mengandung, bacaan HB akan sedikit rendah iaitu 11-12g/dl. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.

Punca HB rendah :

  1. Ibu penghidap thalassemia.
  2. Kurang pengambilan zat besi, folat, vitamin B dan vitamin D.
  3. Berlakunya perubahan hormon kepada ibu hamil.
  4. Berlaku kemalangan atau pendarahan sehingga ibu kehilangan banyak darah.

Risiko kepada ibu hamil:

  1. Pening dan pitam.
  2. Bayi lahir tak cukup umur.
  3. Degupan jantung lebih laju dan risiko mengalami kegagalan jantung.
  4. Keguguran
  5. Jangkitan kuman
  6. Sukar meneran ketika bersalin lalu menjadi punca bayi lemas.

Risiko kepada bayi :

  1. Pembentukan bayi tak sempurna atau terbantut.
  2. Kurang berat badan.
  3. Bayi lahir tak cukup umur.
  4. Bayi meninggal dunia atau bayi mati dalam perut.
  5.  Otak bayi berfungsi dengan lemah.

 

Terdapat banyak jenis atau jenama suplemen untuk meningkatkan Hb. Ada kalanya ibu hamil tidak serasi dengan sesuatu jenama, jadi boleh  try an error untuk mendapatkan suplemen yang sesuai dan membantu menaikkan Hb.

Senarai Suplemen untuk naikkan HB:

  • Iberet

 

 

 

 

  • Sangobion

  • Ferrovit

  • Blackmores

  • Similac Pramilet

 

Makanan semulajadi yang membantu naikkan HB:

Ibu hamil sangat digalakkan ambil makanan yang kaya zat besi seperti sayur bayam merah, ikan bilis goreng, buah kurma yang hitam, buah jambu batu, susu kambing dan jus delima. Ibu hamil juga boleh amalkan susu kambing Lazz kerana ianya mengandungi susu kambing bersama ekstrak buah kurma.
Amalkan setiap hari supaya ibu kekal bertenaga, bayi sentiasa sihat dan bayi menerima nutrien lengkap dari tubuh ibu.

Cara Ambilan :

Bancuh 3 skop susu Lazz Kurma/Choco/Asli dalam air panas-suam 150ml.

Lazz Kurma dan Lazz Choco mengandungi ekstrak buah kurma, jadi ia lebih mudah untuk ibu amalkan setiap hari.

Sekiranya ibu mahukan khasiat optimum, boleh bancuh dan kisar Lazz Asli bersama buah kurma hitam.

Antara khasiatnya ialah boleh mencegah anaemia, ibu lebih bertenaga sepanjang kehamilan, tulang ibu dan bayi lebih kuat, untuk elak anak dari terkena demam kuning dan kulit anak akan lebih cantik dan gebu selepas kelahiran.

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top