skip to Main Content
UPT Dah Naik ‘Double Line’ ? Lakukan 10 Perkara Ni Sebaik Saja Anda Disahkan Hamil.

UPT dah naik ‘Double Line’ ? Lakukan 10 Perkara ni sebaik saja anda disahkan Hamil.

Tahniah, Ibu!

Perasaan apabila pregnancy test Positive ni tak terkata, kan? Semua perasaan ada, happy, excited, rasa takut pun ada. Sebab? sebab kita bakal jadi ibu dan kita akan bawa satu nyawa dalam kandungan selama 9 bulan! Semua tu normal tapi bakal ibu kena bersiap sedia dan jangan risau sangat, sebab semuanya akan berjalan lancar 😉

Disini saya akan kongsikan 10 perkara penting yang perlu bakal ibu lakukan untuk memastikan trimester pertama berjalan lancar so ibu boleh dapatkan rehat secukupnya terutama di awal kehamilan.

 

Checklist !

1. Pergi klinik berdekatan sekiranya haid anda lewat 8 minggu

Jika anda lewat haid 2 minggu, dah boleh terus cek UPT (pregnancy test). Dan selalunya kalau pergi klinik waktu sekarang, belum boleh buka buku pink lagi. Klinik kesihatan akan buka buku pink waktu kandungan kita dah dua bulan. Jadi anda boleh pergi klinik selepas lewat haid 8 minggu.

2. Ambil semua vitamin yang diperlukan

Sebelum buka buku pink, persiapkan diri untuk ambil vitamin yang diperlukan seperti asid folik. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

3. Minum banyak air kosong

Ibu hamil memerlukan air sekurang-kurangnya 750ml-1000ml seiap hari. Jangan main-main, kekurangan air (dehidrasi) semasa hamil boleh mengakibatkan cecair amnion kurang, kelahiran pra-matang, susu badan kurang dan kecacatan kelahiran lain. Air juga membantu membentuk plasenta untuk tumbesaran anak. Tanda-tanda kekurangan air dalam badan adalah seperti warna air kencing gelap, asyik rasa haus, bibir kering, kepala pening dan rasa nak pitam, dan keletihan. Jadi pastikan ibu minum air secukupnya ya!

4. Elakkan makanan mentah seperti sushi dan daging yang kurang masak

Sebenarnya makanan seperti sushi yang diperbuat dengan ikan yang sudah dimasak adalah selamat dimakan. Tetapi disebabkan standard kebersihan di restoran tidak konsisten dan kurang yakin dengan cara  masakannya, maka disarankan untuk elak dari makan semua jenisi ikan mentah. Lain-lain sushi yang diperbuat dari ketam, udang, telur dan ia tidak kelihatan mentah, anda tidak perlu risau kerana ia adalah selamat untuk dimakan.

5. Lebihkan ambilan sayuran hijau

Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu akan mengalami mual, loya dan muntah. Sayur sayuran membantu mengurangkan rasa mual malah kaya dengan vitamin dan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan haemoglobin dalam badan.

6. Ambilan produk tenusu

Susu merupakan sumber kalsium yang sangat penting kerana keperluan nutrient semakin meningkat terutama semasa trimester kedua dan ketiga. Semasa hamil, wanita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Atas pengalaman sendiri, susu kambing lebih bagus berbanding susu lembu kerana tekstur susu kambing lebih halus berbanding susu lembu. jadi penyerapan nutrient lebih bagus terhadap plasenta dan usus ibu. Susu kambing juga mengandungi Magnesium, Potassium, dan Kalsium dimana susu lembu tidak mempunyai kandungan ini. Nutrient ini membantu mengurangkan heart burn dan rasa loya semasa hamil. Kandungan laktosa dalam susu kambing juga lebih rendah berbanding susu lembu.

7. Cara mengelakkan stretch marks

Masalah stretch marks lebih mudah diatasi sekiranya anda menjaga kulit sejak awal kehamilan. Ambil vitamin C, vitamin E, dan protein dalam diet. Minum air kosong untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit. Anda juga boleh sapu minyak zaitun atau sapu losyen setiap hari pada perut sejak dari awal kehamilan.

8. Download aplikasi ‘baby tracker’

Aplikasi baby tracker sangat membantu ibu hamil terutama apabila sudah sampai masa untuk kira tendangan bayi dalam perut. kebanyakan aplikasi juga banyak beri tips dan perkembangan bayi sepanjang kehamilan.

9. Pelan kewangan anda

Pengurusan dan perancangan kewangan sangat penting apabila sudah mula berkeluarga. Kita perlu mengkaji corak perbelanjaan dan cara berjimat cermat kerana kita bakal mempunyai anak dan semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan.

10. Elakkan angkat barang berat dan elakkan perjalanan jauh.

Di awal kehamilan, kandungan masih fragile. Sebaiknya elakkan perjalanan yang jauh dan duduk terlalu lama. Mengangkat barang berat boleh mencederakan belakang anda. Apabila anda hamil, uterus anda yang sedang membesar merelakskan otot-otot abdomen. Oleh sebab itu otot-otot anda tidak dapat menyokong otot belakang anda dengan baik. Jadi anda lebih berkemungkinan memberi tekanan kepada belakang anda setiap kali anda mengangkat sesuatu yang berat. Kebanyakan doktor biasanya menasihatkan anda supaya berhati-hati dan tidak mengangkat apa-apa yang berat semasa hamil.

 

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top