Perjuangan Dua Garis Merah

Setiap pasangan yang berkahwin akan impikan untuk mempunyai zuriat sendiri. Bila beberapa bulan dah berkahwin dan isteri masih ‘period’, isteri dah mula risau. Setiap bulan berdebar debar kalau ada tanda tanda datang bulan. Macam macam perkara ada dalam fikiran. Perkara pertama yang ditakuti para isteri kalau kalau ada masalah kesuburan.

Tapi jauh disudut hati, diri sendiri dan suami lah yang selalu beri kata kata semangat, “takpe belum rezeki lagi” …

Tips Ikhtiar Hamil

1. Kurangkan minuman berkafein untuk wanita. Kalau boleh elakkan
Kopi adalah minuman berkafein. Kafein berlebihan tidak bagus untuk rahim. Risiko untuk mengalami masalah kesuburan adalah tinggi untuk wanita yang ambil kopi 5 cawan sehari. Kalau teringin nak minum sangat, cari kopi yang rendah kafein. Limitkan kepada 1 kali sehari.

2. Kenali waktu subur
Ini adalah salah satu punca sukar hamil. Rata-rata wanita hanya ‘bersama’ suami bila ada masa. Kalau taktahu waktu subur, memang taktahu juga lah bila waktu sesuai untuk ‘bersama’.

Sebaiknya beli ovulation test untuk test waktu terbaik bila subur. Wanita juga boleh guna kalendar, selepas suci dari haid, digalakkan bersama pada hari ke 7,9,11,13,15. Sebab kita mungkin terlepas waktu subur. Telur wanita hanya bertahan 2 hari sahaja berbanding sperma suami yang mampu hidup selama 3 hari.

Bagi wanita yang kitaran haidnya normal, waktu subur adalah bermila hari ke-7 period sehingga hari ke-16 period.

3. Pernah tak rasa diri sendiri cantik & seksi?
Haaa.. ni salah satu petanda anda sedang subur. Jangan lepaskan peluang untuk bersama suami pada waktu malamnya. Pastikan and bersama suami dengan penuh rasa cinta dan romantik. Jangan terlalu fikirkan untuk peroleh zuriat.

4. Elakkan guna pelincir ketika bersama
Mengikut kajian saintifik, alat pelincir yang sering digunakan semasa bersama boleh membantutkan pergerakan sperma untuk berenang kearah rahim.

5. ‘POSITION’ ketika bersama
Position ni agak penting juga, ramai yang ‘bersama’ menggunakan position biasa. Sebenarnya ada position yang ‘direcommend’ oleh pakar.

Semasa ‘bersama’, pastikan isteri berada di bawah dan suami berada di atas. Tujuannya supaya pancutan sperma terus ke destinasinya.
Seterusnya, selepas ‘moment’ tu isteri jangan terus bangun atau bergerak. Angkat kedua dua belah kaki ke atas, dalam 10 minit untuk pastikan sperma tadi tidak keluar semula. Lebih lama lebih bagus.
Sambil sambil tu berdoa pada Allah supaya hubungan ni dapat memberikan khabar gembira buat anda dan suami dan semoga anak yang terhasil jadi anak yang soleh dan solehah.

6. Elakkan fast food dan junk food
Makanan berminyak, makanan proses, minuman bergas, adalah makanan yang boleh mengganggu kesuburan wanita dan kualiti sperma suami. Elakkan!

7. Amalkan susu kambing
Susu kambing adalah minuman sunnah yang sangat baik untuk rahim dan kesuburan. Gantikan minuman susu kambing dengan minuman lain yang biasa kita ambil seperti 3in1. Susu kambing bersifat alkali ringan dimana ia membantu meneutralkan asidik dalam badan dan membantu stabilkan hormon. Jadikan minuman susu kambing sebagai rutin, inshaa-Allah membantu memperbaiki tahap kesuburan suami isteri.

8. Elakkan pakai seluar dalam ketat
Bagi para suami, elakkan pakai seluar dalam yang ketat kerana ini boleh mengganggu kesuburan anda. Elakkan juga duduk terlalu lama seperti memandu jarak jauh.

9. Jauhi rokok dan alkohol
Jika suami seorang perokok, pastikan anda berhenti merokok kerana anda perlu tahu gaya hidup yang sihat. Merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan dan kecergasan, malah boleh mengganggu kualiti kesuburan. Kajian saintifik pun ada bagitahu, merokok boleh menyumbang kepada ketidaksuburan dan ambil masa yang lama untuk hamil. Jadi kepada perokok, berhenti merokok dari awal.

Sekiranya isteri ada merasai sebarang kesakitan ketika ‘bersama’ suami, kentut vagina, kencing tak lawas, sakit ketika bersetubuh, sakit ari-ari (di bawah perut), ini adalah tanda tanda rahim anda tak sihat. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda tanda diatas.