Kenapa Susu Kambing?

Ketahui kebaikan susu kambing & bagaimana Lazz membantu anda sekeluarga untuk kekal sihat dan cergas.

Kandungan nutrisi segelas susu Lazz Kurma (200ml)

Kelebihan susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu

Lebih mudah dihadam

Kandungan nutrisi susu kambing hampir menyerupai susu lembu namun saiz molekul protein yang lebih kecil menjadikan susu kambing sangat baik untuk sistem penghadaman manusia.

Lebih rendah laktosa

Individu yang mengalami alergi kepada kandungan laktosa dalam susu lembu mungkin boleh mencuba susu kambing sebagai alternatif untuk mencukupkan keperluan kalsium anda.

Baik untuk kesihatan jantung

Terdapat kajian menyatakan bahawa susu kambing mengandungi kandungan kolesterol yang rendah. Oleh itu, pengambilan susu kambing dapat membantu orang dewasa untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah.

"Sebenarnya saya beli susu Lazz ni untuk anak buah saya, dia memang ada masalah membuang. Alhamdulillah lepas konsisten 2 kotak susu Lazz Asli, dia dah senang membuang."

Ada Apa Dengan Susu Lazz?

Susu kambing Lazz diimport khas dari Holland dengan kilang yang berpengalaman lebih 100 tahun dalam menghasilkan kualiti susu yang terbaik di dunia.

Kilang ini diperakui di bawah sistem pengawalan kualiti “Kwaligeit” (Quali-goat) di mana setiap proses dari ternakan, pemprosesan susu dan penyimpanan dikawal selia dengan ketat oleh pihak berwajib di Holland.

Bahan Berkualiti, Produk Bercitarasa Malaysia

Di kilang kami di Malaysia pula, penyelidikan dan pembangunan produk Lazz dilakukan dengan teliti untuk menyesuaikan rasa produk dengan citarasa tempatan tanpa menjejaskan kualiti susu kambing yang asal. 

Lazz memastikan setiap bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan memberi tambah nilai untuk kesihatan individu. Contohnya, kurma yang digunakan adalah dari jenis premium dan bukan-GMO (Genetically Modified Organism). Kepekatannya pula disesuaikan supaya sedap untuk diminum oleh semua peringkat umur.

Setiap produk dihantar ke makmal bagi memastikan kualiti susu kambing Lazz berada di tahap yang terbaik. Produk susu kambing Lazz telah menjalani ujian makmal di:

"Alhamdulillah, rasa bertenaga sikit dari sebelum ni. Sedap sangat susu kurma tu. Rasa nak minum banyak kali je. Insya Allah lepas habis sekotak ni nanti saya repeat oder lagi ye. Saya memang plan nak teruskan minum je susu Lazz Kurma ni."

Senarai produk Lazz

Lazz Sejoli
Lazz Sejoli
Lazzcafe
Lazzcafe
Lazz Strawberi
Lazz Strawberi
Lazz Asli
Lazz Asli
Lazz Kurma Sachet
Lazz Kurma Sachet
Lazz Kurma
Lazz Kurma
LazzChoco
LazzChoco