Lazz Susu Kambing dimiliki oleh Lazz Ain Marketing Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpusat di Seremban, Negeri Sembilan.
Fokus perniagaan Lazz adalah produk susu yang berasaskan susu kambing dan kurma.
Dalam pencarian susu kambing terbaik untuk dijadikan produk, kami mendapati bahawa pengeluar susu kambing terbaik adalah dari Holland. Cuaca dan persekitaran Holland yang segar sangat sesuai untuk penternakan kambing tenusu. Kambing baka Saneen yang diternak oleh penternak terlatih menjadi pilihan kerana menghasilkan susu yang banyak dan kurang bau hamis. Susu kambing segar ini kemudiannya diproses di kilang yang berpengalaman lebih 100 tahun dalam menghasilkan kualiti susu yang terbaik di dunia.
Ramai yang menyangka bahawa hanya golongan ibu-ibu sahaja yang mendapat manfaat daripada khasiat susu kambing. Sebenarnya, susu kambing sesuai untuk diminum oleh semua lapisan umur tidak mengira jantina. Sehingga ke hari ini, kami menerima banyak maklumbalas daripada pengguna yang bukan sahaja bergelar ibu, malah pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil dan juga warga emas.
Selain itu, kami juga mewujudkan jaringan pengedar supaya orang ramai mendapat khidmat sokongan berterusan agar khasiat susu kambing Lazz dapat dinikmati dengan optimum. Usaha ini sekaligus mewujudkan peluang pendapatan kepada lebih 1,200 pengedar di seluruh Malaysia yang terdiri daripada outlet & ejen perseorangan.
Pelan pemasaran Lazz mendapat pengesahan panel syariah daripada Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Pengerusi Elzar Solutions Sdn. Bhd.