skip to Main Content

Kepala Bayi Berkerak?

“Kenapa kepala bayi berkerak? Kelemumur ke? Bila dah botakkan kepala bayi ni lagi nampak jelas pulak kerak dia. Apa nak buat ya?”

Pada awal kelahiran nampak macam kerak tapi nipis je. Biasanya kerak akan semakin jelas dan menebal bermula pada umur 3 bulan – 8 bulan.  Kepala bayi nampak seakan bersisik atau berkuping dan melekat pada rambut. Kebanyakannya kerak kepala ni tidak membahayakan tetapi ia agak memakan masa untuk hilang sekiranya dibiarkan.

KENAPA KERAK KEPALA ADA KAT KEPALA BAYI SAYA?

Kerak kepala pada bayi baru lahir dipercayai terhasil akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi semasa proses kehamilan. Hormon ini merangsang kelenjar untuk mengeluarkan cairan yang menyebabkan sel-sel kulit berkumpul membentuk lapisan.

Selain itu, faktor sejarah keluarga yang mempunyai ekzema turut dikaitkan dengan punca kerak kepala ini terjadi. Ibu kena ‘alert’ dengan keadaan kerak kepala anak. Sekiranya kerak ini merebak ke muka, leher, dan bahagian celah ruam lampin bayi, segeralah bawa bayi berjumpa doktor kerana bayi berkemungkinan mengalami eczema.

CARA HILANGKAN KERAK KEPALA DENGAN BERKESAN

1.GUNA MINYAK ZAITUN

Sapukan minyak zaitun atau apa2 minyak yang organik dekat kepala bayi dan tunggu seketika. Gosok lembut dengan jari atau berus yang lembut, kerak akan tertanggal dari kepala bayi.

 

2. LAP KEPALA GUNA KAIN

Basahkan kain atau guna minyak dan gosokkan pada kepala bayi yang berkerak. Tengok memang geram, rasa nak kopek je. Tapi jangan ya, sebab perlakuan ini boleh menyebabkan iritasi dan luka pada kulit kepala bayi.

3. CUKUR RAMBUT BAYI

Sebaiknya cukur rambut bayi kerana rambut yang sedia merupakan rambut semasa bayi dalam kandungan ibu lagi. Seeloknya cukur dan bersihkan kepala bayi, kerak akan lebih mudah untuk dhilangkan.

4. KERAP SYAMPU DAN BASUH KEPALA BAYI

Syampu kepala bayi menggunakan syampu yang sesuai. Semasa mencuci, longgarkan keruping dengan menggosok-gosok kerak kepala bayi dengan perlahan. Boleh juga menggunakan berus khas agar bayi lebih selesa.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top