skip to Main Content

Diabetes Semasa Hamil (GDM)

Apa itu GDM?

Diabetes ketika hamil biasanya dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan simptom yang berlaku semasa mengandung. GDM terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai paras glukosa lebih tinggi dalam darah berbanding paras mereka yang yang hamil normal. Biasanya GDM dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% wanita hamil setiap tahun.

Apakah punca GDM semasa hamil?

GDM berlaku apabila hormon kehamilan seseorang menjejaskan penghasilan insulin semasa mengandung. Biasanya hanya terjadi semasa hamil dan diabetes akan hilang setelah melahirkan.
Lazimnya, organ pankreas kena lebih bekerja keras menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal, maka GDM akan berlaku.
Doktor akan membuat ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan. Sebelum ujian dilakukan wanita hamil hendaklah berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula akan diambil pada awal pagi diikuti minum air gula. Ujian ini selesai apabila paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya. Bacaan gula dalam darah normal adalah <7.8 . Sekiranya bacaan gula dalam darah >=7.8 bermaksud anda mengalami GDM.

Bacaan Gula Dalam Darah

Nurse akan record semua kat sini. Macam sis punya bacaan 7.9. Bacaan normal 7.8. Terlebih sikit pun masih dikira GDM. Bertabah ya mommies 🙂

Siapa yang bersiko mengalami GDM?

1. Berat badan berlebihan sebelum hamil.
2. Pernah menghidap GDM semasa kehamilan yang lalu.
3. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu
4. Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan, keguguran.
5. Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

Pemakanan yang harus diambil

Disarankan supaya wanita yang menghidapi GDM mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur sayuran, dan makanan berkanji. Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan roti wholemeal juga membantu melambatkan kadar penyerapan gula dalam darah.
Pastikan diet yang diamalkan rendah lemak, terutama lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain.
Elakkan makanan bergoreng, sebaiknya pilih hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
Digalakkan juga untuk ambil karbohidrat berserat seperti nasi perang, roti wholemeal, roti hi fibre.

Boleh minum Lazz?

Sangat disarankan wanita hamil yang ada GDM amalkan susu Lazz perisa Asli/Kurma/Choco.

Cara sukatan :
3 skop susu Lazz sekali minum. Lebih baik sekiranya diambil bersama oat dan makanan yang tinggi serat.

Contoh menu harian ibu GDM

Pagi :
– 3 keping biskut hi-fibre + 1 gelas susu
ATAU
-2 keping roti wholemeal + 1 gelas susu

Tengahari :
– suku nasi putih + suku lauk + separuh sayur
(Makan sebelum jam 2 petang)

Malam :
– suku nasi putih + suku lauk + separuh sayur
(Makan sebelum jam 8 malam)

Buku Pink

Buku pink ni wajib bawa setiap kali check up di klinik. Masa nak bersalin nanti pun kena bawa sekali ya.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top