skip to Main Content

“Body Shape” Kembali ke Bentuk Asal Lepas Bersalin? Confirm!

Saya percaya semua ibu hamil mempunyai selera makan yang tinggi terutama selepas berakhirnya trimester pertama. Sebab kita dah mula makan untuk dua orang, iaitu ibu dan bayi dalam kandungan betul tak? Masa mengandung adalah fasa yang tak terfikir langsung nak jaga makan atau diet. Semua benda asyik teringin je. Tapi bila kandungan dah masuk 8-9 bulan, kita rasa macam badan kita ni besar sangat umpama Hulk. Masa ni dah mula control sebab takut baby terlebih besar. Macam2 tips kita cari sebab tekad nak kuruskan badan lepas bersalin dan nak berpantang betul-betul kan? Ok jom baca tips kat bawah!

 

1.Beri Masa Pada Diri Sendiri

Lepas bersalin, ibu baru lepas kehilangan banyak tenaga dan rasa sakit melahirkan anak tak habis lagi. Tambah lagi dengan luka jahitan yang masih nyilu dan perit nak berjalan dan emosi tak stabil. Ibu, jangan terkejut bila tengok perut sendiri masih besar seolah olah ada lagi bayi dalam perut walaupun dan bersalin ya! Perut akan menggeleber dan besar, sebab sebelum ni bayi kita duduk dalam tu dan perut kita dah kembang dengan jayanya. Jadi lepas bayi dikeluarkan, perut akan kelihatan besar dan menggeleber. Beri masa pada diri sendiri dan rehat secukupnya untuk kembali stabilkan emosi. Jangan risau, ibu boleh dapatkan semula bentuk tubuh asal.

2. Menyusu

Kalau ibu nak tahu, bila ibu menyusukan anak kalori dalam tubuh akan terbakar sebanyak 300-700 kalori! Ibu tak perlu risau tentang berat badan selagi ibu menyusukan anak kerana kalori ibu dibakar hanya dengan menyusu. Umpama berlari diatas treadmill selama 30-45 minit. Best kan? Memang boleh sangat kalau nak turunkan berat badan masa fasa berpantang. nak dapatkan tubuh yang asal lebih lebih lagi masa berpantang. Lauk berpantang biasanya ikan rebus, lauk singgang, berapa lah sangat kalori kan? Jadi masa berpantang ibu boleh ambil kesempatan untuk jaga pemakanan sebab baby sangat kerap minum susu masa ni.

3. Minum air secukupnya

Air yang cukup sangat penting untuk penghasilan susu badan. Sebab lepas menyusu ibu akan rasa haus dan letih. Sebaiknya minum air 15minit sebelum makan. Kalau ibu tak minum air secukupnya, ibu boleh dehidrasi dan boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Jadi pastikan minum air 8 gelas sehari, minum sikit sikit tapi kerap.

4. Makan Makanan Berkhasiat

Jangan ambil makanan atau minuman manis kalau nak turun berat badan dengan cepat. Sebaiknya elakkan gula putih kerana gula penyebab luka lambat sembuh. Ambil makanan yang tinggi serat dan protein. Jangan terlewat makan sebab kalau perut masuk angin ibu boleh kena gastrik. kalau ibu menyusu, memang normal akan rasa cepat lapar dan haus. Sebelum tiba waktu makan yang berat, ibu boleh amalkan buah buahan dan sayuran sebagai snacking. Ibu juga boleh minum susu untuk hilangkan rasa lapar dan haus. Untuk ibu lepas bersalin boleh amalkan susu kambing Lazz perisa Asli kerana Lazz Asli tidak mengandungi gula tambahan. Memang tawar tetapi ibu akan rasa lebih bertenaga dan susu kambing juga sangat bagus untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

5. Pakai Bengkung

Untuk dapatkan bentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, ibu mestilah pakai bengkung dari masa berpantang lagi kerana amalan pemakaian bengkung membantu mengempiskan dan memulihkan kulit perut. Bengkung juga bantu mengetatkan otot perut yang longgar semasa mengandung. Penting untuk ibu pakai bengkung kerana bengkung juga membantu mengembalikan kedudukan rahim pada kedudukan asal.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top