skip to Main Content
ANAK PICKY EATER? Cuba Tips Ni

ANAK PICKY EATER? Cuba Tips Ni

Ibu mana yang tak susah hati bila anak memilih dan cerewet bab makan kan? Bila kita makan dia pandang je napak macam nak. Tapi bila offer, berlari sejauh 1 kilometer sebab taknak. Lagi2 kalau nampak nasi. Ibu pun dah taktahu nak masak apa lagi, kadang2 rasa penat dan kecewa bila setiap kali masak anak taknak makan. Tapi ibu, please stay strong ya? Jangan give up. Sebab setiap anak ni tak sama, ada fasa fasa yang mereka taknak makan tapi percayalah, keep going offer them food. Ibu boleh cuba tips kat bawah.

 

1. Tukarkan snacking anak dengan real food

Kebanyakan anak asyik nak snacking je macam minta biskut, kerepek, jajan dan sebagainya. Jangan perkenalkan jajan pada anak. Gantikan snacking mereka dengan real food seperti buah yang anak boleh pegang sendiri. Contohnya buah pisang, epal, strawberry, dan ibu juga boleh cuba buat kentang goreng home made supaya anak boleh makan sendiri sebagai kudapan.

 

2. Betulkan semula jadual makan

Ibu kena take note waktu makan anak ya. Waktu makan anak yang tidak teratur membuatkan anak kurang makan dan lebih susu je. Ibu boleh follow jadual dibawah:

8am : Sarapan pagi
10am : Snacking
12-1pm : Makan tengahari
3-5pm : Snacking
7-8pm : Makan malam

Berikut pula kekerapan pemberian makanan mengikut umur oleh pediatrician :

6-8 bulan : 2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
9-11 bulan : 3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat

1-3 tahun : 4 – 5 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat

*Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil
adalah kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga
rendah.)

 

3. Susu 

Ibu, susu adalah salah satu sebab anak taknak makan. Mereka rasa susu dah cukup sedap dan mengenyangkan sebab tulah anak tak hairan langsung dengan makanan lain. Terlalu memberi jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak kurang selera makan.

Tips pemilihan susu :

Pilih susu yang tidak mengandungi gula tambahan. Baca pada label kotak kandungan gula. Biasanya pengilang akan menggunakan nama lain untuk Sugar. Ibu boleh refer info dibawah untuk tambah ilmu 🙂

Laktosa/ lactose : gula semulajadi terdapat dalam susu. Perah2 dari perut lembu/ kambing memang ada lactose dalam tu. Susu ibu pun ada lactose.

Glucose/ glukosa : gula paling ringkas. Ada dalam kurma. Bila kita makan nasi, minum susu. Semua akan di breakdown jadi glucose juga dlm badan kita untuk dijadikan tenaga.

Sucrose : Gula tebu. Gula pasir.

Sebagai seorang mak yang sangat peka dengan ingredients susu anak, saya dapati susu kambing jenama Lazz sahaja yang mempunyai Zinc dan Vitamin lain secara semulajadi seperti Vitamin B++. Dan susu ni bukanlah susu formula yang ditambah vitaminnya. Vitamin ini naturally memang ada dalam susu kambing. Badan manusia sebenarnya lebih kenal bahan semulajadi berbanding bahan yang ditambah. Usus kita lebih mudah absorb natural vitamins. Begitu juga dengan anak kita, jadi bila hari2 anak dapat vitamin secara semulajadi, anak tidak akan ada masalah sembelit atau najis hijau. Anak yang najisnya normal seperti minum susu ibu biasanya anak yang amalkan susu kambing.

4. Jangan beri pilihan pada anak

Kalau pada permulaan anak dah tolak makanan asal yang ibu bagi, seterusnya ibu pun offer makanan lain dan lain, akan membuatkan anak lebih jadi ‘picky eaters’ . Sebab anak tahu dia akan dapat makanan lain dan boleh pilih makanan apa yang dia nak. Galakkan anak untuk berada di meja makan untuk waktu makan yang di tetapkan walaupun dia tak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak.

 

5. Hormati selera makan anak

Kalau anak tak lapar, jangan paksa mereka makan. Sebaliknya ibu kena peka dengan waktu makan anak. Elakkan beri snacking yang berat supaya anak tak rasa terlalu kenyang untuk makan nasi nanti. Hidangkan dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan mereka rasa ‘terpaksa’ makan. Letakkan kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Semoga tips diatas dapat membantu ibu untuk tambah selera makan anak 🙂

 

 

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top