4 Amalan Ibu Mengandung Serta Suami Isteri Perlu Amalkan

Tiada perkara yang lebih indah dari memiliki seorang anak. Pastinya sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk memiliki cahayamata sebagai pelengkap sebuah keluarga.
Buat pasangan suami isteri, bacalah doa-doa yang baik ketika hamil. Ia dapat mententeramkan jiwa, baik untuk perkembangan bayi dan boleh memudahkan proses kelahiran. Oleh itu, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan :

1. Membaca surah Al-Insyirah: Membacanya disepanjang kehamilan.

2. Pada trimester pertama, banyakkan membaca Surah Al-Luqman di mana otak bayi, dan juga sistem sarafnya sedang berkembang. Pada waktu ini ibu dinasihatkan untuk sentiasa bersangka baik dan bercakap perkara yang baik didalam hati kerana anak menyerap apa yang dinalurikan oleh si ibu. Suami juga kena jaga perasaan ibu baik-baik waktu ini. Biar si ibu merasa sentiasa disayangi supaya dia boleh menyebarkan emosi yang baik buat si manja.

3. Membaca surah Yusuf pada trimester kedua, di mana fizikal anak sedang terbentuk. Banyakkan pandang wajah-wajah para ulama dan bayi yang comel. Lebih elok pandanglah wajah suami yang hensem disebelah tu.

4. Membaca surah Maryam ketika trimester ketiga iaitu trimester terakhir kehamilan. Niatkan dalam hati ketika membaca Surah Maryam, agar proses bersalin dipercepatkan, dipermudahkan dan anak sihat & selamat dilahikan ke dunia ini.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu semua! Di doakan juga agar proses kehamilan semua berjalan dengan lancar dan juga dijauhkan daripada kesusahan dan dipermudahkan segala urusan.