skip to Main Content
Alahan Masa Mengandung. Macam Mana Nak Survive?

Alahan Masa Mengandung. Macam Mana Nak Survive?

Alahan semasa mengandung adalah sesuatu yang normal. 8 daripada 10 wanita hamil akan mengalami alahan di awal kehamilan.

Biasanya alahan akan hilang selepas 3 bulan. Setiap orang mengalami alahan yang berbeza, ada yang teruk seperti demam, sakit kepala, dan muntah-muntah.
Makanlah apa pun, muntah.

Bila Kena Jumpa Doktor?

Jumpa doktor apabila alahan menjejaskan kesihatan anda. Biasanya pakar perubatan akan megambil berat kepada simptom muntah yang teruk, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu hamil muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, ibu mesti berjumpa dengan doktor kerana ia boleh membuatkan tubuh ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

1.Makan sikit tapi kerap.

Perut yang kosong akan menambahkan lagi rasa loya. Kekalkan tahap gula yang stabil dalam darah. Cuba makan makanan yang kering dan tak pedas seperti oat, bijirin, pisang, buah buahan dan  sayuran.

2. Makan apa yang anda kehendaki.

Elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah, dan berasid.

3. Cuba minum diantara waktu makan.

Sekiranya muntah setiap kali minum air, cuba minum selepas makan. Minum air dengan kerap. Cuba hisap ais kiub jika selalu muntah air.

4. Hidu buah lemon.

Ambil sepotong buah lemon dan hidu setiap kali rasa loya. Bau lemon boleh menghilangkan rasa loya. Tambah beberapa hiris potongan lemon dalam air setiap kali nak minum.

5. Amalkan makanan yang beralkali.

 

Bagaimana Lazz membantu?

Kebanyakan ibu yang hamil dan alahan semasa awal kehamilan, akan kehilangan banyak tenaga. Tubuh lesu, badan rasa letih, mual, sakit kepala, muntah dan sebagainya. Seterusnya akan mengakibatkan hilang selera makan, pedih ulu hati dan menyebabkan gastrik. Amalan minum susu kambing boleh membantu meneutralkan asidik dalam badan kerana sifat susu kambing yang mineral alkali.

Susu Kambing Lazz mempunyai 5 perisa dan ibu boleh pilih perisa yang sesuai dengan tekak semasa alahan.

Antara best seller dalam kalangan ibu hamil adalah perisa Lazz Choco.
Lazz Choco ni adalah susu kambing kurma perisa coklat. Amalkan setiap pagi masa sarapan, sebaiknya minum bersama oat. Ibu akan rasa lebih bertenaga dan kurang rasa loya.

Cara bancuhan 3 skop = 150ml air suam-panas (1 mug)

Boleh juga ambil bersama roti/biskut kering.

 

 

 

 

 

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top