skip to Main Content
Petua Hilangkan Kembung Perut Anak

Petua Hilangkan Kembung Perut Anak

Apabila anak mengalami kembung perut, ibu bapa akan mengalami situasi yang mengundang stress dan risau.Anak akan menangis sepanjang masa. Jadi sebaiknya ibu atau bapa kena mengelakkan dan ketahui cara atasi masalah kembung perut anak dengan betul.

Ibu jangan taktahu ya, walaupun anak menyusu susu badan sepenuhnya, anak juga bepotensi untuk kena kembung perut. Antaranya punca anak kembung perut jika menyusu susu badan :

1.Susu ibu ‘oversupply’

Bila susu ibu penuh dan banyak, anak akan menyusu dengan laju sebab susu ibu ‘fast flow’. Hal ini boleh menyebabkan anak tersedak dan tertelan angin.

2. Lekapan

Ibu kena pastikan mulut anak dan nipple ibu lekap pada posisi yang betul. Sekiranya mulut anak tidak masuk sepenuhnya, anak tidak akan dapat nurisi sepenuhnya dari ibu. dan lekapan yang salah juga boleh mengakibatkan anak tertelan angin sama seperti menyusu botol.

3. Pemakanan Ibu

Masa dalam pantang, secara tradisional nya ibu kena jaga pemakanan demi kesihatan ibu dan bayi. Salah satu sebab bayi kembung perut boleh disebabkan oleh pemakanan ibu. Ibu kena elakkan makanan yang sejuk dan berangin.

Pengalaman saya sendiri, masa dalam pantang saya ada makan sayur kobis dan brokoli. Saya perasan bayi saya akan kembung perut setiap kali saya makan sayur tu. Bila saya tak makan, bayi saya okay. Jadi ibu kena ‘alert’ dengan pemakanan ibu terutama masa dalam pantang sebab perut bayi sangat sensitif.

4. Solid Food

Kalau ibu nak tahu, fasa apabila anak dah mula makan makanan solid, ibu kena lebih berhati2. Banyakkan membaca tentang pengenalan makanan pada bayi sebab setiap bayi tak sama. Pengenalan makanan satu satu adalah penting untuk ibu kenalpasti makanan tu tidak menyebabkan perut anak berangin ataupun sembelit.

5. Urutan dan Teknik ‘Bicycle Legs’

Ibu boleh belajar cara urutan yang betul untuk melegakan bayi kembung perut dan melakukan teknik kayuhan basikal pada kaki bayi. Teknik ni sebenarnya merupakan aktiviti yang bagus untuk kuatkan otot bayi dan pada masa yang sama buang angin dalam perut bayi. Ibu boleh refer video dibawah ya.

6. Pantau Jenis Susu Anak

Susu yang terbaik selepas bayi dilahirkan adalah susu ibu. Tetapi ada sesetengah masa ibu terpaksa berikan anak susu lain apabila ibu dalam keadaan terdesak. Contohnya saat ibu mengalami susu drop, nipple crack,¬†dan sebagainya. Usus bayi bermula 0-24 bulan sangat sensitif dan ibu hendaklah ‘study’ tentang susu sebelum beri pada anak.

Pengalaman saya sendiri, bayi saya allergik terhadap laktosa susu lembu. Sehingga sekarang, umurnya 16 bulan masih lagi allergik sekiranya minum susu lembu, bahan yang berunsur susu lembu seperti cheese dan yogurt. Mukanya akan naik kemerahan dan gatal. Saya tiada pilihan selain mencuba beri susu kambing dan Alhamdulillah penerimaan yang baik oleh anak saya. Setelah kaji selidik yang saya lakukan terhadap susu kambing, susu kambing mengandungi zat besi semulajadi, ada vitamin B complex, nutrisi semulajadi dalam susu kambing lebih mudah diserap oleh usus anak dan mudah dihadam. Tekstur susu kambing lebih halus dan kurang risiko alergik. Malah nukleotida dalam susu kambing hampir sama dengan susu ibu. Ia sangat bagus untuk perkembangan minda.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top