Category
Lorem ipsum, dolor sit amet consectetur adipisicing elit. Pariatur officiis minus architecto aliquid alias est dicta, quod quo reiciendis? Nostrum cumque aspernatur doloribus delectus harum vel ea velit, sed inventore sunt id ex quibusdam ipsa at natus vero voluptas consectetur sit! Maiores sed rem repellendus recusandae ducimus blanditiis ullam dolorum?
Kami sedang dalam misi untuk menghasilkan produk susu kambing yang mengekalkan khasiat semulajadinya tetapi sedap diminum oleh semua golongan.
Lazz Susu Kambing dimiliki oleh Lazz Ain Marketing Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Fokus perniagaan Lazz adalah produk susu yang berasaskan susu kambing dan kurma.
Bermula dengan minat dalam bidang keibubapaan dan penyusuan bayi, pengasas Lazz, Puan Norhayati Mohd Redha nekad untuk menghasilkan produk berasaskan susu kambing dan kurma untuk membantu ibu-ibu yang bermasalah dalam menyusukan bayi mereka. Namun, melihat kepada potensi khasiat susu kambing Puan Norhayati telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi produk Lazz agar sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.
Ramai yang menyangka bahawa hanya golongan ibu-ibu sahaja yang mendapat manfaat daripada khasiat susu kambing. Sebenarnya, susu kambing sesuai untuk diminum oleh semua lapisan umur tidak mengira jantina. Sehingga ke hari ini, kami menerima banyak maklumbalas daripada pengguna yang bukan sahaja bergelar ibu, malah pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil dan juga warga emas.
Selain itu, kami juga mewujudkan jaringan pengedar supaya orang ramai mendapat khidmat sokongan berterusan agar khasiat susu kambing Lazz dapat dinikmati dengan optimum. Usaha ini sekaligus mewujudkan peluang pendapatan kepada lebih 1,200 pengedar di seluruh Malaysia yang terdiri daripada outlet & ejen perseorangan.
Pelan pemasaran Lazz mendapat pengesahan panel syariah daripada Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Pengerusi Elzar Solutions Sdn. Bhd.
“Setiap cawan susu Lazz mengandungi bahan berkualiti yang melalui proses kawalan kualiti yang ketat”.
Orgamilk®️ : Organic Milk, menggunakan serbuk susu kambing gred terbaik & organik dari Holland dan diimport ke Malaysia.
Bahan mentah organik, tidak melalui proses modifikasi genetik lebih selamat digunakan terutamanya kepada kanak-kanak.
Kurang manis untuk semua peringkat umur & mengelakkan ketagihan gula di kalangan kanak-kanak.
Mengekalkan rasa & warna semulajadi yang selamat untuk kegunaan pelbagai peringkat umur.