skip to Main Content
Minum Susu Kambing Kulit Pun Boleh Glowing ? Ini Sebabnya . . . . .

Minum Susu Kambing Kulit Pun Boleh Glowing ? Ini Sebabnya . . . . .

Mungkin ramai yang tidak tahu, susu kambing amat baik untuk kulit wajah kita selain menyihatkan anggota tubuh badan.

Tak perlu pening-pening kepala cari skincare yang bersesuaian dengan kulit wajah kita sebab hanya amalkan minum susu kambing sahaja, kulit kita jadi glowing gituewww (gurau je 😝)

Nak tahu kenapa ? 🤔

Ini kerana dalam susu kambing terdapat banyak vitamin yang mampu menyelesaikan masalah kulit. Antara vitamin yang terdapat dalam susu kambing ialah vitamin D, vitamin C, vitamin A, vitamin B& B12.

Vitamin-vitamin ini dapat mengekalkan kulit anda menjadi sihat dan mampu menangani masalah jerawat serta dapat memulihkan kesan luka yang lama. Bukan itu sahaja, susu kambing juga dapat mencerahkan kulit anda. Jika anda mengamalkan susu kambing secara konsisten, ia boleh mengelakkan kulit anda dari kering, kusam dan tidak bermaya.

Selain itu, anda pernah dengar Selenium ? Selenium adalah sejenis mineral yang terdapat pada susu kambing. Mineral ini mempunyai peranan yang penting dalam mencegah kanser kulit. Ia juga membantu untuk mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah pada sinaran matahari.

Seterusnya adalah Kalsium. Ramai yang tahu kalsium sangat baik untuk tulang. Tetapi, ramai yang tidak tahu kalsium juga baik untuk kulit wajah kita. Terutama sekali kalsium daripada susu kambing. Kebaikannya ialah ia melindungi kulit daripada kedutan halus dan kulit kering. Lemak pada susu kambing pula boleh melembapkan kulit dan menjadikan kulit kita lebih sihat dan nampak glowing 😍

Jadi, tidak perlulah kita risau jika kulit kita tidak secantik kulit orang lain. Hanya amalkan minum susu kambing setiap hari je ! 🥛 InsyaALLAH kulit kita akan sihat dan yang paling penting BEBAS MERKURI ! 💕

Back To Top