Gdmpeatured
Jika anda disahkan terkena diabetes ketika hamil, jangan lah risau kerana ia normal berlaku ketika hamil dan akan pulih setelah anda bersalin nanti.
namun, penjagaan pemakanan ketika hamil sangat penting untuk mengelakkan bayi terlebih berat ketika bersalin nanti.
 
Adakah oat makanan yang sesuai untuk ibu Hamil GDM?
 
Jawapannya:
Ya, oat adalah Superfood sebab dalamnya diperkaya mineral dan fibre untuk beri rasa kenyang yang lama dan nutrisi untuk ibu dan bayi.
 
Namun, ada banyak jenis oat di pasaran dan tidak semuanya sesuai untuk ibu hamil yang ada GDM..
INSTANT OAT
pilihan yang sangat popular kerana mudah disediakan dan lebih sedap.. namun, instant oat ini merupakan oat yang telah diproses dan halus rupanya. ia kurang sesuai dimakan begitu sahaja jika anda ada GDM ketika hamil, sebab ia diserap terlalu pantas ke dalam darah dan boleh menyebabkan bacaan gula naik mendadak..
 
malah, sesetengah instant oat dipasaran mengandungi gula tambahan untuk menyedapkan rasanya.
 
PANDUAN UNTUK IBU HAMIL GDM MEMILIH OAT YANG BETUL..
 
1. CARILAH WHOLE ROLLED OAT.
 
Rolled oat lebih kasar, besar, jika dibandingkan dengan instant oat. Namun oat ini sesuai diambil oleh ibu hamil GDM kerana Glisemik Indeks nya lebih rendah dan tidak menaikkan bacaan gula mendadak.
 
Cara penyediaan Rolled oat ini biasanya tidak sesuai dibancuh dan diminum terus. Kaedah yang terpantas, anda rendamkan sahaja dalam air panas selama 15 minit.. kemudian baru dibancuh dengan susu dan dimakan.
2. BOLEH AMBIL INSTANT OAT TETAPI PASTIKAN TIADA GULA TAMBAHAN DAN DIMAKAN BERSAMA BUAH KAYA SERAT.
 
ya, tidak salah memilih instant oat.. namun sukatan instant oat tidak perlu banyak. 2 sudu besar sudah memadai, kemudian gabungkan pula dengan buah yang kaya serat seperti epal, strawberi, pisang, ataupun kekacang seperti walnut.
 
Ia akan menjadikan hidangan oat tadi lebih kompleks dan tidak naikkan bacaan gula mendadak.
 
Namun pastikan anda membaca label dan tiada gula tambahan dalam instant oat yang dibeli.
Berikut panduan untuk sediakan instant oat untuk ibu hamil GDM
Kurangkan sukatan Instant Oat kepada 2 sudu kecil sahaja, bancuh bersama 3 scoop Lazz Susu Asli

Letakkan bersama instant oat buah kaya serat seperti strawberi, dan epal

Rasa sedap, dan kaya serat juga. namun masih perlukan kuantiti sederhana sahaja

 

3. MEMILIH SUSU KAMBING UNTUK DIGABUNG DENGAN OAT, ELAK PENGGUNAAN KRIMER.

 
Kami mengesyorkan anda mencuba LAZZ ASLI sebanyak 3 scoop untuk digabung bersama oat.
 
Mengapa Susu Kambing ?
 
Susu Kambing secara semulajadinya rendah gula, kaya lemak baik, dan tidak mengandungi Protein A1 yang menyebabkan inflamasi dalaman. Susu Kambing juga mengandungi mineral alkali yang baik untuk kesihatan tubuh.
 
Kelebihan LAZZ ASLI. Lazz Asli adalah susu kambing Orgamilk. Menggunakan sumber non gmo, dan tiada gula tambahan. (Zero Sucrose)
 
untuk ibu Hamil GDM, kami sangat mengesyorkan ambilan Lazz Asli.. 3 Scoop sekali ambilan adalah terbaik..
Hubungi kami untuk info lanjut tentang Ibu Hamil GDM dan tips makanan yang sesuai..
Lazz Careline Team Support,
018-2777 290
 
 

Comments