skip to Main Content
Cara Tulis Artikel Di Website Lazz

Cara Tulis Artikel di Website Lazz

Post ini adalah bertujuan untuk dijadikan rujukan team Lazz dalam menghasilkan artikel yang berkualiti di website lazz.my.

Artikel yang mengikut format akan membuatkan website nampak lebih professional, dipercayai dan mudah untuk pengunjung menghadam konten yang disediakan.

Format Penulisan

Cara penulisan artikel berbeza dengan cara menulis di media sosial. Untuk menghasilkan penulisan artikel yang kemas, mudah difahami dan menarik, gunakan 3 rumus di bawah:

  1. Setiap perenggan mempunyai 2-3 baris atau ayat sahaja.
  2. Setiap 2-3 perenggan mesti ada break. Contohnya gambar, subtajuk dan bullet point.
  3. Panjang artikel sebaiknya diantara 2-5 kali scroll di phone kita.

Ayat yang dikarang juga sebaiknya mengikut tatabahasa yang betul. Jangan campur aduk antara huruf kecil dan huruf besar.

Penggunaan Gambar

Setiap post wajib mempunyai Featured Image dengan saiz 1000px X 1000px (1:1). Penggunaan saiz gambar yang konsisten akan buatkan website nampak lebih professional.

Jika ingin memasukkan gambar lain di dalam artikel, pastikan gambar tersebut bersaiz 1000px X 1000px (1:1) atau 1080px X 1920px (potret). Kekalkan konsep gambar begini untuk setiap post.

Format Tajuk

Tajuk tidak boleh terlalu panjang. Cipta tajuk yang mempunyai 5-8 patah perkataan.

Jika ingin menggunakan subtajuk seperti di atas, pastikan set atau tetapkan subtajuk tersebut dengan format Heading 2. Ini adalah cara yang betul untuk meletakkan subtajuk.

Back To Top