skip to Main Content
Bahaya ! Tingginya Gula Dalam Darah 😱

Bahaya ! Tingginya Gula Dalam Darah 😱

Semakin kita meningkat umur, semakin kita kena menitikberatkan kesihatan kita kerana zaman sekarang macam-macam makanan yang membuatkan kita keliru akan khasiatnya. Dengan begitu pesatnya negara ini, pelbagai cara boleh mematangkan tempoh pertumbuhan sesuatu tumbuhan.

Lagi-lagi yang berkaitan dengan gula. Memang sukar nak elakkan πŸ˜…Pastu pergi klinik, doktor pesan jaga pemakanan. Hehehe . . .

Disini Sya nak share 6 makanan yang boleh turunkan kandungan gula dalam darah.Β 

  1. Avokado.

Avokado tinggi dengan lemak monotaktepu yang dapat membantu memperlahankan pelepasan gula ke dalam aliran darah sekaligus dapat mengurangkan pelepasan insulin.

2. Minyak Zaitun.

Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu sama ditemui dalam avokado. Ia sangat membantu untuk mencegah pengumpulan lemak perut serta menghalang rintangan insulin. Ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

3. Chia Seed.

Chia Seed dapat membantu menstabilkan gula darah, mengurangkan kesan kencing manis serta membantu mengelakkan sindrom metabolik termasuk kolesterol tidak seimbang dan tekanan darah tinggi.

4. Telur.

Telur dapat membantu mengawal rasa lapar dengan mengurangkan tindak balas insulin selepas makan dan mengawal selera makan sekaligus dapat mencegah turun naik kedua-dua glukosa dan insulin.

5. Buah Mangga.

Mangga mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral yang berbeza termasuk termasuk vitamin C dan A, Folat, dan Serat. Walaupun manis, mangga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

6. Beri Biru.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan US pada tahun 2010 mendapati dos harian bahan bioaktif daripada beri biru meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes.

InsyaAllah dengan ini dapat mengurangkan gula dalam darah. Banyak lagi petua yang anda boleh cari tetapi ini adalah antaranya. Yang penting selalu bersenam 2 kali seminggu dan amalkan pemakanan yang sihat !

Back To Top